Beg Tangan Mini


 

Barang lama jangan terus dibuang. Ia boleh diguna pakai semula. Haaaa ! kali ini saya ingin berkongsi cara membuat beg tangan mini /clutch daripada Kain Pua(bukan asli) yang sebelumnya digunakan sebagai alas meja, tetapi sudah lama tidak diguna pakai. Langkah-langkahnya mudah sahaja seperti berikut;……


1.     Kain Pua(bukan asli)

2.     Benang berwarna hitam

3.     Kadbod dan span polyester

4.     Jarum Peniti

5.     Jarum

6.     Gegelang

7.     Rantai

8.     Pita pengukur

9.     Gunting



Langkah 1: Lipat  (kiri dan kanan)kain pua dari tepi ke dalam sebanyak 3.3 inch(mengikut kesesuaian anda). Atau lipat tepi kain sehingga bertemu garisan Tiga. Lebar mengikut kesesuaian masing-masing(kain pua terdapat size yang berbeza).

Langkah 2: Temukan tepi kain pua.Setelah ditemukan, jahit tepi kain dengan menggunakan teknik blanket stitch.



Langkah 3:Selepas dijahit kedua dua belah, tiba masanya untuk memasukkan  Kadbod dan span polyester ke dalam. Bertujuan sebagai sokongan, supaya bag tidak  lembik. Masukkan span polyester terlebih dahulu dan diikuti dengan Kadbod.


Langkah 4: Bahagian yang berisi span polyester ditemukan dengan bahagian yang berisi Kadbod(lipat).Tinggalkan bahagian atas sebagai penutup.


Langkah 5 dan 6: Sudah tiba masanya untuk memasang gegelang di tepi beg.Tepi dijahit menggunakan teknik blanket stitch.

 

Langkah 7:  Masukkan gegelang ke dalam lubang rantai untuk dijadikan tali beg.

 

Selamat mencuba.











Comments

Popular Posts